TAK TERINGINKE?....TAMBAH PENDAPATAN ! KLIK DI SINI!!!


Wednesday 29 February 2012

Sifat Simpan Emas Orang Vietnam Patut Di Contohi


TABIAT zaman berzaman orang Vietnam yang suka menyorokkan emas di rumah daripada menyimpan wang di bank dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh kerajaan negara itu. Semuanya gara-gara harga emas yang terus melambung tinggi.Berdasarkan Majlis Emas Dunia tahun lalu, Vietnam membeli lebih banyak emas perkapita berbanding India dan China. Harga emas domestik di Vietnam pula meningkat 18 peratus jauh lebih tinggi daripada harga pasaran emas dunia yang menyaksikan kenaikan 11 peratus.Sememangnya tabiat yang sudah diamalkan turun temurun itu sukar dikikis.
Walaupun harga satu auns (28.4 gram) jongkong emas di Hanoi lebih RM300 berbanding di tempat lain, tetapi penduduk negara komunis itu tetap membelinya, kata pesara berumur 60 tahun, Truong Van Hue.“Saya masih suka melihat simpanan saya dalam bentuk emas. Ia lebih selamat bagi pesara macam saya. Saya boleh jual emas pada bila-bila masa, di mana-mana apabila memerlukan wang,” katanya.
Walaupun emas dianggap sebagai simpanan selamat, tetapi tindakan penduduk yang ‘menyerbu’ kedai emas membuka mata kerajaan Vietnam apabila mereka berhadapan dengan kadar inflasi sebanyak 18 peratus dan ketidakstabilan mata wang tempatan, dong.
Kerajaan cuba memperlahankan ‘demam emas’ dengan cuba mengawal perniagaan logam berharga itu selepas hampir 20 tahun mereka memberikan kebenaran rasmi kepada penduduk memiliki dan berniaga emas, walaupun perkara itu sudah diamalkan sejak berzaman lalu.

Saturday 25 February 2012

Buka Akaun Simpanan Emas Maybank

Serendah 1gram , YA.

Maybank Gold Investment Account

Securing your family’s future starts with 1 gram of gold

As one of the world’s most precious commodities, gold remains to be a secure investment. And with the Maybank Gold Investment Account (MGIA), you can start investing in 999.9 fine gold today!



Benefits

  • Potentially Better Returns: Opportunity for greater capital gain from the appreciation in gold price.
  • Portfolio diversification: Gold provides a great way to diversify your investment portfolio. With MGIA you can start right away with an affordable initial purchase and subsequent investments.
  • Better security: Provides a good hedge against inflation.
  • Better Protection: Investments in MGIA are fully backed by physical gold deposited in PAMP S.A.
  • Convenience: Maintaining your account is easy. Buy or sell gold and withdraw easily with your passbook at any Maybank branch in Malaysia.
  • Affordability: 1 gram is all you need to purchase, sell and maintain your investment.

Thursday 23 February 2012

Bagaimana Menjana Keuntungan Menggunakan Teknik Ar-Rahnu.


Masalah akan berlaku jika orang yang tanya tu:
1. Tak pernah beli emas
2. Tak pernah pergi gadaikan emas di Ar-Rahnu dan beli emas lagi.
3. Tak pernah memerhatikan kenaikan harga emas dalam masa setahun keatas.

Memang confirm tak akan faham. Jadi, kalau anda hendak faham teknik ini maka anda perlu buat sendiri teknik ini. You need to experience it. Bagi pelabur-pelabur emas yang lama memulakan pelaburan emas… memang ini adalah peluang menjana keuntungan lebih terutamanya bila harga emas jatuh.
Sebagai orang berpengalaman (sebab hari-hari tengok harga emas ) mereka tahu bila akan berlakunya buying opportunity. Buying opportunity merujuk kepada penurunan harga emas yang banyak menyebabkan kita boleh mengambil peluang menambahkan stok ketika harga emas sedang rendah.
Sebagai komoditi, harga emas boleh turun dan naik. Memandangkan trend jangkamasa panjang ialah menaik, jadi setiap penurunan harga membolehkan kita membuat keuntungan dengan membeli lebih banyak stok emas dengan cara menggunakan teknik Ar-Rahnu (gadai emas yang sedia ada di tangan dan beli emas dengan hasil gadaian tersebut)
Anda akan mendapat untung apabila harga emas melantun semula. Sebagai contoh, perhatikan graf dibawah. Kita dapati harga emas boleh jatuh 26.8% dalam masa 2 minggu. Namun selepas itu ia melonjak naik sebanyak 47.6% dalam tempoh 4 bulan.
Ini contoh buying opportunity. Harga emas turun banyak.
p/s: Buying opportunity bukan datang setiap masa. Setahun 2-3 kali ajer.
Sumber rujukan :jutawanemas.com

Wednesday 22 February 2012

Hebat Emas

Bagaimanapun mereka yang ingin membeli emas patut melihat pembeliannya untuk disimpan selama 365 hari. Bukan untuk dijual minggu depan atau bulan depan kerana dengan mengambil sikap demikian segala turun naik harga (volatiliti) dapat diatasi.

Kalau emas tidak penting mengapa kerajaan India membeli 200 tan emas minggu lepas?
Kebimbangan akan kejatuhan nilai matawang dolar Amerika dan kemungkinan pemulihan mungkin akan mengambil masa lebih lama daripada dijangkakan kerana pengangguran di AS hampir mencecah 10 peratus dan masalah yang membelenggu sektor perumahan belum dapat diatasi lagi.
Kerajaan China juga menasihatkan rakyatnya menyimpan 5 peratus daripada wang simpanan mereka dalam bentuk emas dan ini bakal menaikkan lagi harga emas.
Kita ingat semasa zaman ramai pelarian meninggalkan negara asal mereka seperti semasa perang Vietnam. Mereka yang lari daripada Kemboja membawa bersama emas dan apabila sampai di sini mereka menggunakan emas tersebut untuk memulakan perniagaan dan hidup baru.
Contohnya di kawasan Kota Tinggi, Johor. Ramai orang Kemboja yang memiliki perniagaan seperti barang kemas dan perniagaan kain. Emas diterima di mana-mana tidak kira di negara mana sekalipun, emas tetap emas.
Seperti yang pernah dinyatakan dahulu, emas boleh dibeli secara buku pas dan secara syiling atau keping (wafer) dari bank-bank perdagangan. Selain itu, barang kemas juga suatu pelaburan dalam “bentuk emas” walaupun ketulenan emas pada barang kemas adalah rendah daripada emas keping iaitu 91.6 peratus bagi barang kemas dan 99.99 bagi syiling dan emas keping.
Bagi Bursa Malaysia pula, mungkin Dana Dagangan Bursa Emas (Gold Exchange Traded Fund) mungkin boleh difikirkan selaku salah suatu tawaran di bursa kita.
Dengan adanya ETF Emas ini dapatlah lebih ramai pelabur melabur dalam emas dengan modal yang lebih rendah.

Sunday 19 February 2012

ZAKAT EMAS DAN PERAK

Emas dan Perak adalah termasuk di dalam kategori logam berharga yang diwajibkan zakat jika cukup haul dan nisab

Haul merujuk kepada tempoh masa iaitu setahun.
- Nisab pula merujuk kepada nilai berat.
Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu” (At- Taubah; ayat 34-35)
Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu:

1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)
2. Zakat emas yang dipakai.

1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh: Anda memiliki 100 gram jongkong emas bernilai RM160/gram (harga semasa) dan telah menyimpannya selama setahun.
Jumlah zakat = 2.5% x RM16,000
= RM400

2. Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (uruf merujuk kepada nilai kebiasaan pemakaian emas bagi wanita di sesebuah tempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Contoh: Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram emas. (jika anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda di bawah)
Contoh: Berat emas yang dipakai ialah 250 gram
Berat Emas yang layak dizakatkan adalah:
= 250 gram – 150 gram (uruf)
= 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
(andaian harga emas semasa RM157.00 / gram)
= 2.5% x (100 gram x RM157.00)
= RM392.00

Petikan: jutawanemas.com

Pengiraan zakat perak



Bagi zakat perak, ia perlu memenuhi syarat cukup haul dan nisab.
- Haul ialah tempoh masa setahun
- Nisab zakat perak sebanyak 200 dirham iaitu sama atau melebihi 595 gram (1 dirham = 2.975 gram)

Formula: [berat perak (gram)] x [harga perak semasa/gram] x 2.5%

Contoh: Anda menyimpan 1kg perak 999
Katakan harga semasa 1kg perak 999 adalah RM4500
Zakat perak yang wajib dibayar = 2.5% x RM4500
= RM112.50

Friday 17 February 2012

Harga Perak


Harga perak secara terkenal tidak stabil kerana ia dapat menurun naik di antara industri dan simpanan kemahuan nilai. Pada waktu ini dapat menyebabkan penilaian linkungan dalampasar, mencipta ketidakstabilan.
Perak sering menjejaki harga emas oleh kerana dengan simpanan kemahuan nilai, walaupun nisbah dapat berbeza. Nisbah emas/perak sering dianalisiskan oleh para pedagang, pelabur dan pembeli. Pada 1792, nisbah emas/perak telah ditetapkan oleh undang-undang di Amerika Syarikat pada kadar 1:15, yang bermakna bahawa satu auns troy emas akan membeli 15 auns troy perak; suatu nisbah 1:15.5 telah digubalkan di Perancis pada 1803. Sesungguhnya, pukul rata nisbah emas/perak ketika abad ke-20 adalah 1:47. Semakin kurangnya nisbah/bilangan, perak adalah lebih mahal berbanding emas. Sebaliknya lebih tinggi nisbah/bilangan, lebih murah perak berbanding dengan emas.

Perak or Silver


Perak, seperti logam berharga lain, dapat digunakan sebagai pelaburan. Untuk lebih daripada seribu tahun, perak telah dianggap suatu bentuk wang dan simpanan nilai. Bagaimanapun, sejak berakhirnya piawai perak, perak telah kehilangan peranannya sebagai wang sah di Amerika Syarikat. (Ia terus digunakan dalam syiling sepuluh sen dan lima belas sen hingga1964, dan lima puluh sen hingga 1970 apabila nilai intrinsik perak mengambil alih nilai muka duit syiling.)
Pada 2009, permintaan utama perak adalah daripada kegunaan industri (40%), barang kemassyiling bulion dan produk pertukaran bursa.