TAK TERINGINKE?....TAMBAH PENDAPATAN ! KLIK DI SINI!!!


Friday 22 March 2013

Pasaran mercantile lindung pelaburan logam bernilai


Penubuhan pasaran mercantile yang bakal menyediakan peluang untuk pelaburan dan lindung nilai emas hadapan serta logam bernilai akan dilaksanakan dalam tempoh setahun.
Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC), Datuk Ranjit Ajit Singh berkata, pihaknya akan menilai struktur bersesuaian dengan cadangan itu dan akan menghantar cadangan kepada kerajaan selepas perincian mengenainya dimuktamadkan.
"Apa yang boleh saya katakan ia akan dilaksanakan dalam tempoh setahun, memandangkan terdapat banyak minat terhadap pelaburan logam bernilai.
"Oleh itu, kerajaan ingin menyediakan suasana pelaburan yang selamat dan terjamin.
"Orang ramai menginginkan pendedahan kepada kelas aset pelbagai dan permintaan terhadap suasana pelaburan berstruktur adalah tinggi," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Skim Persaraan Swasta di sini hari ini.
Skim tersebut telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ranjit turut mengulas saranan Perdana Menteri terhadap penubuhan tapak dagangan bagi syarikat yang tidak disenaraikan terutama bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS), ekuiti persendirian dan modal teroka untuk menjana dana.
SC bertanggungjawab untuk menyediakan rangka kerja perundangan untuk membangunkan model alternatif itu dan akan memastikan pasaran yang sesuai bagi operasinya.
Ranjit berkata, tapak dagangan tersebut akan merupakan platform elektronik yang memberi peluang pelabur berdagang dalam platform cekap dan telus.
"Cadangan penubuhan tapak dagangan ini adalah baik dan merupakan tempat latihan sebelum ia disenaraikan di pasaran saham.
" Pada masa yang sama. ia dapat memberikan akses modal kepada PKS, ekuiti persendirian dan modal teroka,'' jelasnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0719&sec=Korporat&pg=ko_05.htm#ixzz2OI3wo97r
© Utusan Melayu (M) Bhd