TAK TERINGINKE?....TAMBAH PENDAPATAN ! KLIK DI SINI!!!


Wednesday 18 April 2012

Cara Untuk Beli Emas Tanpa Rasa Resah Gelisah


Antara halangan yang terbentuk dalam diri kita untuk memulakan pelaburan emas adalah ketakutan untuk menggunakan wang. Secara psikologinya, kita bukan takut melabur kerana tidak percaya potensinya.
Kita takut kerana kita tahu bagaimana untuk menguruskan wang masuk dan keluar. Kita sering gagal untuk menguruskan wang yang baik. Ini bermaksud, kita tidak tahu bagaimana untuk mengenal pasti jenis wang keluar yang dapat memberikan wang masuk berkali-kali ganda dalam tempoh yang ditetapkan.
Justeru itu, cara yang terbaik untuk bermula adalah melihat kembali wang dalam akaun simpanan kita. Kemudian tanya soalan di bawah:
  • Adakah wang ini saya akan gunakan dalam tempoh 3 bulan dari sekarang?
  • Adakah saya mahu mengubah hidup saya dari segi kewangan, menerusi wang ini terhadap pelaburan emas?
Jika jawapan kita berada dalam lingkungan yang positif, maka gunakan wang simpanan dalam kuantiti yang minimum. Sentiasa ingat, setiap pelaburan ada risikonya. Kenaikan dan penurunan harga emas adalah tidak menentu.
Nasihat saya, beli emas dalam kuantiti yang kita mampu terlebih dahulu. Jika mampu beli 1 Dinar emas, maka beli 1 terlebih dahulu.
Kerana daripada langkah kecil kita terhadap pelaburan emas, ia akan memotivasikan kita untuk terus mencipta strategi bagi melaburkan lebih banyak wang untuk memperoleh keuntungan jangka masa panjang.
Semoga pelaburan emas dapat memberikan nikmat kepada tuan dan cikpuan dari segi ekonomi.

Saturday 14 April 2012

Nama-nama lama panggilan kepada Emas


  •              Emas Se Amas = 2.551 gm
  •         
  •              Emas Se Rial =2.70 gm
  •        
  •              Emas Se Kupang = 0.64 gm
  •             
  •              Emas 2 Kupang = 1.28 gm     ( Kupang Terengganu )
  •             
  •              Emas 6 Suku ( sama dengan 1½ mayam ) = 5.06 gm
  •         
  •              Emas 5 Busak ( sama dengan ½ Mayam ) = 1.69 gm
  •        
  •              Emas 1 Mayam = 3.37 gm

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG EMAS ?

APA ITU KARAT ( K ) ?
KARAT adalah standard atau ukuran lama ketulenan emas.
             24 K (Karat) adalah dikenali sebagai Emas Tulen.

             STANDARD KETULENAN EMAS BARU
            ( a )       999        Emas Tulen 99.9% kandungan emas.
                                       Dikenali sebagai Emas Kertas / Emas Sepuluh / Chuk Kam
                                       24K mengikut ukuran lama 
           
            ( b )       950        Emas Kelantan atau Emas 9½

            ( c )       916.6     Emas Singapura
                                       22K mengikut ukuran lama

            ( d )       875

            ( e )       835

            ( f )        750         18K mengikut ukuran lama

            ( g )       585         14K mengikut ukuran lama

            ( h )       375         SUASA – 9K mengikut ukuran lama

            Emas 900 ( atau Emas Sembilan ) dan Emas 800 ( atau Emas Paun ) tidak lagi wujud.

      

Saturday 7 April 2012

Pelaburan Emas


Pelaburan Emas adalah salah satu alternatif pelaburan terbaik. Namun begitu, ada juga yang terpedaya dengan skim pelaburan emas yang bercirikan skim cepat kaya.
Pelaburan emas bukan bermaksud beli saham emas. Pelaburan emas adalah dengan membeli emas fizikal dengan syarikat yang memasarkan emas untuk pelaburan, seperti Public Gold dan GCP.
Emas merupakan satu komoditi yang unik dan paling berharga di dunia serta diterima di semua negara di dunia. Dan dari trend kenaikan emas sebanyak 250% dalam tempoh 5 tahun menunjukkan emas merupakan salah satu cabang pelaburan yang amat-amat menguntungkan. Ini dibuktikan oleh pakar dalam bidang saham dan pelaburan di Malaysia.
Emas merupakan pelaburan sebenar dalam islam. Emas dan perak telah digunakan sebagai matawang sejak 6000 tahun dulu lagi ketika zaman Mesir purba.
Ramai yang tahu akan nilai emas dan perak namun mereka hanya gunakan emas dan perak sebagai barang perhiasan semata-mata. Sedangkan rahsia kekayaan ada pada emas dan perak dan mampu membawa mereka kepada kebebasan kewangan.
Emas dan perak amat bernilai selama-lamanya. Ini adalah berdasarkan hadis  Nabi Muhammad SAW. Hadis Riwayat Imam Ahmad Ibn Hanbal;Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullullah SAW telah bersabda,  ” Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar & dirham (untuk digunakan)”
Emas dan Perak digunakan untuk tujuan perdagangan. Maka tidak timbul kemerosotan nilainya malah ianya semakin meningkat Semasa di zaman Rasullullah SAW harga seekor kambing adalah 1 dinar namun kini harga seekor kambing masih lagi 1 dinar. Namun nilai 1 dinar dalam nilai matawang kertas berubah-ubah malah semakin meningkat.
Kalau Tahun 2002, nilai 1 dinar bersamaan RM140. Pada Tahun 2005, nilai 1 dinar bersamaan RM242. Pada Tahun 2008, 1 dinar bersamaan dengan RM418. Pada tahun 2010, 1 dinar bersamaan dengan RM587. Pada Tahun ini 2011, 1 dinar sudah naik ke paras RM820.
Hakikatnya emas dan perak adalah aset yang terbaik untuk dimiliki. Dengan hanya menyimpan pun dah beri pulangan yang amat lumayan. Tetapi jika simpan duit nilainya semakin susut.
Emas merupakan salah satu komoditi bernilai yang diiktiraf di seluruh pelusuk dunia. Harga semasa emas ditentukan oleh bekalan dan permintaan dunia. Kegunaannya sama da sebagai mata wang, perhiasan, mahu pun sebagai koleksi simpanan, telah digunakan sejak zaman pemerintahan Firau di Mesir sehingga sekarang.
Emas adalah satu instrumen yang boleh menilai INFLASI. Saya tak perlu terangkan lebih lanjut tentang inflasi, tetapi secara ringkasnya, anda pasti faham kenapa nilai RM100 pada tahun 2001 adalah tidak sama lagi pada tahun 2011. Nilainya makin mengecut dek kerana inflasi. Tetapi tidak bagi EMAS.
1.  Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
2.  Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
3.  Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
4.  Aset yang terunggul
5.  Ia tidak boleh dimanipulasikan

Monday 2 April 2012

Strategi Pelaburan Silver Perak


Ramai yang mengeluh apabila harga Perak jatuh menjunam.
Harga emas turut serta jatuh.
Dua dua tidak kebal daripada serangan manipulator, terutamanya Perak.
Dikatakan market Perak tidaklah begitu besar maka menyebabkan Kuasa yang membeli Perak dengan jumlah yang besar,
sangat besar….mampu memepengaruhi harga Perak.
Berbalik kepada harga pasaran Perak, ianya ditentukan oleh Permintaan dan Pengeluaran (supply versus Demand).
Ini adalah basic economic principal.
Makan apabila Mereka yang mempunyai Stok yang begitu banyak menjual stok mereka, Pengeluaran telah melebihi Permintaan.
Maka harga akan mula jatuh. Dan apabila harga mula jatuh, mereka -mereka yang tidak mempunyai objektif jangka masa panjang,
akan turut serta menjual kerana takut harga akan jatuh lagi teruk. Ini yang dikatakan Panic Selling.
Mengikut Rekod :
Tahun 2010 :
24 September : Harga PERAK : USD21.46 – RM66.35 (rate : 3.0917)
Tahun 2011 :
24 September : Harga PERAK : USD30.93 – RM97.53 (rate : 3.1532)
SIAPA kata harga perak jatuh ???
Kalau anda membeli pada tarikh yang sama tahun lepas, Pulangan anda ialah :
97.53-66.35
———– x 100 = 46.99%
66.35
ROI Setahun ialah 46.99%.. ????
ROI ASB ialah 8%
ROI Fixed Deposit 3.15%
ROI Saving Accounts 0.15%
Anda pilihlah yang mana satu anda mahu…
Nasihat SAYA : INILAH masa untuk membeli PERAK! Jom Borong. Pulangan Pelaburan Perak adalah tinggi!
eh, Perak ni pelaburan atau simpanan ? Agak confius bukan ?
p/s: anda nak beli tapi tak tahu cara ?
Anda nak melabur dalam perak tetapi tahu ke nak guna strategi apa ?
Nak beli perak kat mana ?
Mana nak beli Silver Perak ?