TAK TERINGINKE?....TAMBAH PENDAPATAN ! KLIK DI SINI!!!


Wednesday 18 April 2012

Cara Untuk Beli Emas Tanpa Rasa Resah Gelisah


Antara halangan yang terbentuk dalam diri kita untuk memulakan pelaburan emas adalah ketakutan untuk menggunakan wang. Secara psikologinya, kita bukan takut melabur kerana tidak percaya potensinya.
Kita takut kerana kita tahu bagaimana untuk menguruskan wang masuk dan keluar. Kita sering gagal untuk menguruskan wang yang baik. Ini bermaksud, kita tidak tahu bagaimana untuk mengenal pasti jenis wang keluar yang dapat memberikan wang masuk berkali-kali ganda dalam tempoh yang ditetapkan.
Justeru itu, cara yang terbaik untuk bermula adalah melihat kembali wang dalam akaun simpanan kita. Kemudian tanya soalan di bawah:
  • Adakah wang ini saya akan gunakan dalam tempoh 3 bulan dari sekarang?
  • Adakah saya mahu mengubah hidup saya dari segi kewangan, menerusi wang ini terhadap pelaburan emas?
Jika jawapan kita berada dalam lingkungan yang positif, maka gunakan wang simpanan dalam kuantiti yang minimum. Sentiasa ingat, setiap pelaburan ada risikonya. Kenaikan dan penurunan harga emas adalah tidak menentu.
Nasihat saya, beli emas dalam kuantiti yang kita mampu terlebih dahulu. Jika mampu beli 1 Dinar emas, maka beli 1 terlebih dahulu.
Kerana daripada langkah kecil kita terhadap pelaburan emas, ia akan memotivasikan kita untuk terus mencipta strategi bagi melaburkan lebih banyak wang untuk memperoleh keuntungan jangka masa panjang.
Semoga pelaburan emas dapat memberikan nikmat kepada tuan dan cikpuan dari segi ekonomi.

No comments:

Post a Comment