TAK TERINGINKE?....TAMBAH PENDAPATAN ! KLIK DI SINI!!!


Tuesday 29 May 2012

Pelaburan emas secara fizikal.


Pelaburan emas secara fizikal boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:
1.  Syiling emas
2.  Jongkong emas
3.  Barang kemas
Daripada 3 kategori emas fizikal ini, cuma syiling emas dan jongkong emas boleh dikategorikan sebagai emas pelaburan.
Ini kerana syiling emas dan jongkong emas dibuat khusus untuk tujuan pelaburan. Sebagai emas pelaburan, syiling emas dan jongkong emas memiliki kelebihan seperti berikut:
1. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard.
2. Mudah dibawa
3. Mudah ditunaikan.
4. Mempunyai perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (dipanggil spread)
5. Boleh digadaikan.
Barang kemas bukanlah pelaburan emas yang baik kerana harganya yang tinggi disebabkan kos upah membuat barang kemas tersebut. Selain itu susut nilai bagi barang kemas adalah tinggi iaitu diantara 25 % – 40%.Jika anda hendak memaksimumkan keuntungan daripada pelaburan emas, jangan membeli barang kemas.
Tetapi, jika anda hendak memberikan hadiah yang terbaik kepada orang tersayang maka barang kemas adalah hadiah yang paling baik.
Tips: Jika anda hendak membeli barang kemas sebagai hadiah, anda beli barang kemas dengan ketulenan 916 dan tidak mempunyai batu permata. Ini kerana yang bernilai adalah emas bukannya batu permata tersebut.
Saya juga menyarankan anda membeli barang kemas yang tumpat/padu. Elakkan barang kemas yang berlubang/kosong (hollow). Ini memudahkan proses penilaian ketulenan menggunakan densimeter jika anda ingin menggadaikan barang kemas ini di Ar-Rahnu kelak.
Biasanya mesin densimeter tidak boleh membuat bacaan tepat terhadap barang kemas yang mempunyai batu permata atau kosong.

Monday 28 May 2012

Jihad Ekonomi

Dalam membicarakan langkah memboikot barangan keluaran USA, ramai dikalangan kita masih sangsi akan keberkesanannya. Namun jika kita benar-benar memahami erti jihad ekonomi, boikot adalah satu cara yang termampu dibuat oleh kita sebagai rakyat biasa yang tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti perniagaan, hanya sebagai seorang pembeli saja. Jika kita membeli barangan buatan USA bermakna kita menyokong perkembangan ekonomi USA menerusi syarikat perniagaan barangan keluarannya.

Kerajaan USA akan memperoleh cukai yang banyak dari syarikat tersebut, dari hasil cukai itulah kerajaan USA mengeluarkan peruntukan untuk membina dan mengeluar senjata yang digunakan untuk menyerang umat Islam dan menjualnya kepada musuh-musuh Islam yang lain. 

Friday 18 May 2012

Ramai Kerugian Penipuan Pelaburan, Tapi Tak Serik-serik

Artikel petikan Kadi Kluang blogspot yang boleh dijadikan iktibar, baca selanjutnya.....manusia mudah lupa!


Tahun 2009, saya pergi ke sebuah daerah. Saya dapat cerita yang ramai orang Melayu di daerah berkenaan masuk satu skim pelaburan , antaranya ustaz. Bila disebut ustaz, saya minat nak tahu siapa ustaz tu. Saya pun memang kenal dengan ustaz tu, rupanya ramai lagi ustaz yang masuk satu pejabat dengannya. Ustaz tu nampaknya boleh pakai kereta yang bayar bulan mahal juga, dalam 800 sebulan. Katanya hasil keuntungan pelaburan tu.

Bila saya tanya, bagaimana pelaburan tu, katanya bertempat di Bandar Penawar dan dia sebut nama syarikat tu. Katanya, ustaz tu masuk skim tu modal RM 20,000 dan dapat keuntungan setiap bulan RM 2,000 sampai bila-bila. Saya tanya, dah banyak bulan ke dapat 2,000, dia kata dah dapat 3 kali iaitu baru dapat 6,000.

Saya tanya, kalau baru dapat 6,000, modal kita dah 20,000 belum untung lagi. Dia jawab, kena sabarlah kena tunggu setiap bulan. Dia cerita, ada seorang ustaz di JB dah bertahun-tahun masuk dah dah untung banyak. Siapa ustaz tu, saya kenal ustaz tu rupanya. Tapi selama ini ustaz tu tak pernah cerita pun yang ada pelaburan macam tu. Entah yer entah tidak, itu cerita atas cerita. Kenapa ? Sebenarnya, kalau dah jadi ustaz ni, ramai orang berminat cerita pasal kita sebab saya pun ustaz.

Ustaz-ustaz Janganlah Mudah Diperalat

Selalu saya cakap, terutama pada ustaz, ustazah ni, janganlah kita mudah diperalat dalam perkara macam ni. Kita masuk skim ni, orang hebohkan pasal kita masuk. Dan jadi modal pulak supaya orang lain masuk skim ni.

"Tengok, ustaz pun masuk, kita bila lagi". Biasa kan dengar ayat macam ni.

Skim pelaburan ni rasanya meluas ke seluruh negeri Johor malah luar negeri lagi. Yang saya cerita ustaz ni dari tiga daerah, daerah lain mesti ada lagi. Saya tak komen apalah sangat pasal pelaburan ni, tapi dalam hati saya, tunggulah satu hari nanti, mereka akan menangis tak berlagu.

Kemudian pelabur mula berbunyi bila bayaran tak betul tahun lepas. Semalam berita, penganjur tu didakwa di mahkamah Kota Tinggi. Walaupun ceritanya kegiatannya dari tahun 2002, lama tu, sekarang baru didakwa, tapi tahniah kepada pihak berkuasa atas tindakan ini.

Tuesday 15 May 2012

5 Deria Seorang Usahawan


Perkataan “usahawan” semakin banyak dan hangat diperkatakan sekarang. Jangan disebabkan anda berjaya membina perniagaan anda sendiri bermaksud anda adalah seorang usahawan. Maaf, jika apa yang saya katakan ini menyinggung perasaan anda.
Usahawan mempunyai “mindset” yang berbeza jika dibandingkan dengan orang lain. Usahawan akan melakukan perkara yang tidak terjangkau oleh pemikiran orang lain dan menghabiskan setiap kerja yang mereka mulakan.
Di sini, saya telah menyenaraikan apa yang saya panggil sebagai 5 Deria Ciri-Ciri Seorang Usahawan berbanding orang biasa. Seperti yang kita ketahui, manusia mempunyai 5 jenis deria iaitu deria bau, rasa, pendengaran, sentuh dan penglihatan. Usahawan juga mempunyai kelima-lima deria ini, tetapi ia berbeza sama sekali.
Di bawah menceritakan bagaimana kelima-lima deria ini digunakan oleh usahawan:
BAU
Seorang usahawan boleh menghidu kejayaan daripada jauh lagi. Mereka boleh menghidu kejayaan walaupun belum pernah mengalaminya. Kemanisan menghidu kejayaan ini membolehkan mereka terus bergerak untuk mencapai matlamat mereka. Seseorang usahawan bukan sahaja boleh menghidu kejayaan malah mereka juga boleh menghidu risiko yang bakal dialami. Saya tidak mengatakan bahawa semua penyelesaian dan kejayaan berada dalam genggaman mereka, cuma apabila mereka menggunakan pengalaman-pengalaman yang mereka ada, mereka dengan pantas dapat menghidu apa yang bakal berlaku. Ini merupakan deria yang paling penting dalam keusahawanan. Jika sesuatu peluang itu tidak mendatangkan keuntungan yang besar, seseorang usahawan itu biasanya akan membiarkan ia pergi begitu sahaja.
RASA
Seseorang usahawan dapat merasai kejayaan dalam setiap apa yang mereka lakukan. Mereka tidak peduli akan kepahitan yang sedang dialami sekarang kerana mereka tahu akan rasa kemanisan kejayaan yang bakal diperolehi di kemudian hari. Walaupun mereka rasa ada sesuatu yang tidak betul, sama ada mereka tersalah dalam membuat keputusan ataupun perbincangan tidak berjalan lancar, mereka tidak akan cepat berputus asa malah akan terus berjuang sehingga berjaya. Sama seperti kita di waktu kecil dahulu, kita dipaksa untuk memakan sayur-sayuran walaupun kita tidak suka memakannya.Setelah kita meningkat dewasa, kita boleh memilih apa yang kita mahukan di pinggan kita, betul tak? Begitu juga seorang usahawan. Mereka mesti melalui saat-saat getir dan kepayahan seperti orang lain sebelum mereka berjaya.
PENDENGARAN
Melalui telinga, ia menerima banyak gelombang bunyi dan memproses isyarat tersebut kepada sesuatu yang boleh difahami oleh akal kita. Kita semua mendengar pelbagai maklumbalas yang berbeza, pelbagai peluang perniagaan dan potensi urusniaga dalam kehidupan kita. Apa yang membezakan diantara usahawan dengan yang lain ialah mereka akan mentafsir informasi yang diperolehi dan bertindak. Usahawan juga memiliki kemampuan untuk menghalang informasi negatif daripada didengari oleh telinga mereka. Usahawan bukanlah mereka yang membiarkan perkara atau informasi yang negatif menguasai diri dan seterusnya tindakan mereka. Mereka lebih suka untuk memilih apa yang mereka mahu dengar. Mereka tahu apa yang mereka hendak dengar dan mereka tahu bagaimana bunyinya sesuatu kejayaan.
SENTUHAN
Sebagai seorang usahawan, mereka tidak akan mudah berputus asa sehingga berjaya menggapai apa yang mereka mahukan. Pada satu ketika, ia memakan masa yang agak lama dan ada yang mengambil masa yang singkat sahaja. Tidak semua yang usahawan lakukan akan mendatangkan hasil. Apa yang ingin diperkatakan disini ialah mereka tahu akan perasaan yang mereka mahukan selepas beroleh kejayaan. Mereka juga tahu bila dan tahap mana mereka perlu bekerja keras.
PENGLIHATAN
Usahawan boleh melihat sesuatu yang peniaga biasa tidak boleh. Maksudnya, mereka boleh melihat potensi sekecil-kecil sesuatu benda, sama ada ia merupakan tren baru atau melakukan sesuatu yang berlainan. Hasilnya, mereka mendapat pulangan yang banyak berbanding oran lain di sekeliling mereka. usahawan juga mempunyai pandangan yang jauh untuk melihat halangan dan masalah yang kebiasaannya menjadi titik noktah bagi peniaga biasa yang lain. Mereka tidak berapa hebat dalam perkara-perkara yang berlaku di hadapan mata mereka, perkara-perkara seharian kerana mereka sudah memikirkan sesuatu perkara dengan lebih jauh. Ya, anda boleh katakan usahawan sentiasa peka, dan apabila mereka fokus pada sesuatu, mereka akan melihat sehingga ke penghujungnya. Apa yang mereka nampak, mereka akan terus lakukannya agar tidak menimbulkan kebimbangan, keraguan dan seterusnya kehilangan momentum.
Seperti yang anda dapat lihat di atas, terdapat banyak faktor yang membezakan di antara seorang usahawan dengan peniaga biasa. Jadi, adakah anda tergolong didalam golongan usahawan atau pemilik perniagaan biasa?
Renung-renungkan!
petikan drp wangcyber

Saturday 12 May 2012

Simpanan Dan Perniagaan Jual Beli Emas Dan Perak

Hadith Nabi Muhammad S.A.W:> Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullah S.A.W bersabda :, Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Emas Dan Perak. (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal) Hadith Daif.

Thursday 3 May 2012

Penipuan, elak dari di tipu


IPOH: Penipuan sukar dikesan apabila ada pemilik kedai barang kemas didapati sengaja menjual emas murah kepada orang ramai dengan mendakwa ia emas gred 916 menyebabkan ramai terpedaya.
Kebanyakannya mangsa yang tidak pakar berhubung kualiti emas ini, ditipu `bulat-bulat’ dan membayar harga tinggi bagi gred emas murah yang dijual terutama ketika musim perayaan.
Terbaru seorang anggota Polis Gerakan Am (PGA), Mohd Zaidi Zaid, 27, menjadi mangsa apabila dia dan isteri, Salimah Jaafar, 27, membeli anting-anting emas di premis menjual emas berhampiran pusat beli belah di sini.
Mangsa berkata, dia dan isteri ditunjukkan anting-anting emas pemilik premis yang didakwa ia emas tulen gred 916 berharga RM290.
“Saya dan isteri yang menyangka emas itu gred tinggi, membelinya sebelum diberikan sijil dan resit lelaki berkenaan.
“Penipuan hanya terbongkar apabila kakitangan Ar-Rahnu sebuah bank di sini melakukan pemeriksaan dan mengesahkan emas terbabit bukan dari gred 916,” katanya.
Menurutnya, dia meminta penjelasan pemilik kedai emas terbabit namun tidak mendapat jawapan memuaskan.
“Berikutan itu saya segera ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Ipoh untuk membuat aduan berhubung kes itu bulan lalu,” katanya semalam.
Difahamkan, penolong pegawai penguatkuasa KPDNKK telah menghantar anting-anting emas itu ke Jabatan Mineral Dan Geosains Perak untuk dianalisis dan Jabatan Mineral Dan Geosains mengeluarkan kenyataan rasmi pada 6 Mei lalu, bahawa anting-anting berkenaan adalah emas gred 850 dan 870.
Berikutan penipuan itu, KPDNKK mendakwa pemilik kedai emas berusia 40-an itu kerana kesalahan cuba menipu serta memalsukan maklumat pembelian kepada pelanggan. Susulan itu, Presiden Tribunal Pengguna, Quaik Chong Yu yang mengadili perbicaraan kes itu pagi semalam, menangguhkan kes tuntutan mangsa sehingga kes tertuduh dengan KPDNKK menemui jalan penyelesaian.- Harian Metro