TAK TERINGINKE?....TAMBAH PENDAPATAN ! KLIK DI SINI!!!


Saturday 29 September 2012

AWAS! Penipuan Kewangan Melibatkan Pelaburan Emas


Bank Negara Malaysia ingin mengingatkan orang ramai agar hanya melabur dengan
pihak yang dilesenkan oleh pihak berkuasa. Anda dinasihatkan agar lebih berhatihati serta meneliti kesan-kesan buruk sebelum menyertai mana-mana skim yang
menjanjikan pulangan yang tinggi dalam jangka masa yang singkat. Ramai pelabur
yang telah tertipu dan menjadi mangsa akibat keliru dengan tawaran-tawaran
lumayan yang dijanjikan oleh penganjur kerana ingin menjadi “Cepat Kaya”.
Sejak kebelakangan ini, jenis skim cepat kaya yang kerap dilaporkan ialah Skim
Pelaburan Emas. Pada kebiasaannya, pengendali menjalankan skim pelaburan
emas dengan menggunakan syarikat perniagaan atau syarikat sendirian berhad
(syarikat). Syarikat memberikan jaminan pembelian balik (buy back guarantee)
atas setiap skim pelaburan emas yang dijalankan. Jaminan pembelian balik tersebut
mengakibatkan skim pelaburan emas yang dijalankan mempunyai elemen-elemen
pengambilan deposit haram yang melanggar peruntukan dalam Akta Bank dan
Institusi-institusi Kewangan 1989 (BAFIA).


Modus Operandi yang sering digunakan ialah:

• Pelabur diminta mengisi borang pelaburan dan menandatangani perjanjian
dengan pengendali skim;
• Pelabur akan membayar harga produk emas tersebut sama ada dengan cek
atau secara tunai;
• Pelabur diberikan pilihan untuk mengambil produk emas tersebut daripada
pengendali skim (bersama sijil pelaburan emas) pada bila-bila masa seperti
yang ditetapkan oleh pengendali skim atau membenarkan pengendali skim
menyimpan produk emas tersebut;
• Pelabur akan menerima pulangan dalam bentuk dividen atau hibah setiap
bulan sepanjang tempoh pelaburan mengikut peratusan yang ditetapkan; dan
• Pengendali skim menjamin pembelian balik emas, iaitu pelabur berhak menjual
balik produk emas tersebut kepada pengendali skim pada akhir tempoh
perjanjian, pada harga belian asal.
Sumber: Bank Negara Malaysia

No comments:

Post a Comment