TAK TERINGINKE?....TAMBAH PENDAPATAN ! KLIK DI SINI!!!


Monday 15 October 2012

Kewangan Islam berpotensi melaksanakan inovasi kontrak atau transaksi baharu, selaras dengan usaha industri untuk meneruskan usaha inovasi dan fleksibiliti bagi memenuhi kemahuan pasaran. Seorang pakar syariah, Prof Madya Dr Engku Rabiah Adawiah dari Universiti Islam Antarabangsa, bagaimana pun, berkata usaha melakukan inovasi dan fleksibiliti dalam kewangan Islam perlu dilaksanakan selari serta tidak melanggar prinsip-prinsip syariah yang jelas. Engku Rabiah merupakan salah seorang ahli panel pada Muzakarah Penasihat Syariah Kewangan Islam 2012 yang diadakan hari ini bersempena dengan Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur (KLIFF 2012) yang akan bermula esok. "Perkembangan dan inovasi dalam industri kewangan sangat pesat, sama ada dalam sektor perbankan, insurans, pasaran saham, pasaran wang, derivatif dan sebagainya." "Jadi, apakah respons kita sepatutnya terhadap perkembangan ini?" katanya ketika membentangkan kertas kerja pada muzakarah itu di sini hari ini. Kertas kerja yang dibentangkan menyentuh tentang inovasi dan fleksibiliti dalam kewangan Islam semasa. Sesi itu dikendalikan oleh Prof Madya Datuk Dr Mokhtar Shafii yang merupakan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah OCBC Al Amin Bank Bhd. Engku Rabiah, yang juga ahli Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia turut berkata bahawa pakar-pakar Syariah di negara ini perlu melengkapkan diri bukan sahaja dengan ilmu dalam bidang fiqh dan usual a-fiqh tetapi perlu mempunyai ilmu tentang kewangan, perbankan dan undang-undang, selain kemahiran dalam Bahasa Arab dan Inggeris. Beliau berkata ini bagi memastikan produk-produk baharu kewangan Islam bukan sahaja memenuhi syariah malah juga dapat mempelbagaikan tawaran produk dan perkhidmatan kewangan Islam yang dapat menarik minat pengguna. Sebagai contoh, katanya terdapat keghairahan dalam industri yang menawarkan produk alternatif tetapi mempunyai ciri-ciri konvensional yang boleh diragui walau pun secara zahirnya mematuhi hukum syarak yang zahir. Oleh sebab itu, pemain industri dan pakar syariah yang terlibat harus terus memupuk ilmu dan kefahaman tentang prinsip syariah yang boleh dipakai dan sesuai bagi mencipta produk kewangan Islam serta membina keyakinan pengguna bahawa produk-produk kewangan Islam benar-benar memenuhi syarak yang digariskan, katanya. Seramai 350 pakar syariah dari industri perbankan, takaful dan pasaran modal di Malaysia hadir pada muzakarah ini. - Bernama

Kewangan Islam berpotensi melaksanakan inovasi kontrak atau transaksi baharu, selaras dengan usaha industri untuk meneruskan usaha inovasi dan fleksibiliti bagi memenuhi kemahuan pasaran.
   
Seorang pakar syariah, Prof Madya Dr Engku Rabiah Adawiah dari Universiti Islam Antarabangsa, bagaimana pun, berkata usaha melakukan inovasi dan fleksibiliti dalam kewangan Islam perlu dilaksanakan selari serta tidak melanggar prinsip-prinsip syariah yang jelas.
   
Engku Rabiah merupakan salah seorang ahli panel pada Muzakarah Penasihat Syariah Kewangan Islam 2012 yang diadakan hari ini bersempena dengan Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur (KLIFF 2012) yang akan bermula esok.
   
"Perkembangan dan inovasi dalam industri kewangan sangat pesat, sama ada dalam sektor perbankan, insurans, pasaran saham, pasaran wang, derivatif dan sebagainya."
   
"Jadi, apakah respons kita sepatutnya terhadap perkembangan ini?" katanya ketika membentangkan kertas kerja pada muzakarah itu di sini hari ini.
   
Kertas kerja yang dibentangkan menyentuh tentang inovasi dan fleksibiliti dalam kewangan Islam semasa.
   
Sesi itu dikendalikan oleh Prof Madya Datuk Dr Mokhtar Shafii yang merupakan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah OCBC Al Amin Bank Bhd.
   
Engku Rabiah, yang juga ahli Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia turut berkata bahawa pakar-pakar Syariah di negara ini perlu melengkapkan diri bukan sahaja dengan ilmu dalam bidang fiqh dan usual a-fiqh tetapi perlu mempunyai ilmu tentang kewangan, perbankan dan undang-undang, selain kemahiran dalam Bahasa Arab dan Inggeris.
   
Beliau berkata ini bagi memastikan produk-produk baharu kewangan Islam bukan sahaja memenuhi syariah malah juga dapat mempelbagaikan tawaran produk dan perkhidmatan kewangan Islam yang dapat menarik minat pengguna.
   
Sebagai contoh, katanya terdapat keghairahan dalam industri yang menawarkan produk alternatif tetapi mempunyai ciri-ciri konvensional yang boleh diragui walau pun secara zahirnya mematuhi hukum syarak yang zahir.
   
Oleh sebab itu, pemain industri dan pakar syariah yang terlibat harus terus memupuk ilmu dan kefahaman tentang prinsip syariah yang boleh dipakai dan sesuai bagi mencipta produk kewangan Islam serta membina keyakinan pengguna bahawa produk-produk kewangan Islam benar-benar memenuhi syarak yang digariskan, katanya.
   
Seramai 350 pakar syariah dari industri perbankan, takaful dan pasaran modal di Malaysia hadir pada muzakarah ini. - Bernama melaksanakan inovasi kontrak atau transaksi baharu, selaras dengan usaha industri untuk meneruskan usaha inovasi dan fleksibiliti bagi memenuhi kemahuan pasaran.
   
Seorang pakar syariah, Prof Madya Dr Engku Rabiah Adawiah dari Universiti Islam Antarabangsa, bagaimana pun, berkata usaha melakukan inovasi dan fleksibiliti dalam kewangan Islam perlu dilaksanakan selari serta tidak melanggar prinsip-prinsip syariah yang jelas.
   
Engku Rabiah merupakan salah seorang ahli panel pada Muzakarah Penasihat Syariah Kewangan Islam 2012 yang diadakan hari ini bersempena dengan Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur (KLIFF 2012) yang akan bermula esok.
   
"Perkembangan dan inovasi dalam industri kewangan sangat pesat, sama ada dalam sektor perbankan, insurans, pasaran saham, pasaran wang, derivatif dan sebagainya."
   
"Jadi, apakah respons kita sepatutnya terhadap perkembangan ini?" katanya ketika membentangkan kertas kerja pada muzakarah itu di sini hari ini.
   
Kertas kerja yang dibentangkan menyentuh tentang inovasi dan fleksibiliti dalam kewangan Islam semasa.
   
Sesi itu dikendalikan oleh Prof Madya Datuk Dr Mokhtar Shafii yang merupakan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah OCBC Al Amin Bank Bhd.
   
Engku Rabiah, yang juga ahli Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia turut berkata bahawa pakar-pakar Syariah di negara ini perlu melengkapkan diri bukan sahaja dengan ilmu dalam bidang fiqh dan usual a-fiqh tetapi perlu mempunyai ilmu tentang kewangan, perbankan dan undang-undang, selain kemahiran dalam Bahasa Arab dan Inggeris.
   
Beliau berkata ini bagi memastikan produk-produk baharu kewangan Islam bukan sahaja memenuhi syariah malah juga dapat mempelbagaikan tawaran produk dan perkhidmatan kewangan Islam yang dapat menarik minat pengguna.
   
Sebagai contoh, katanya terdapat keghairahan dalam industri yang menawarkan produk alternatif tetapi mempunyai ciri-ciri konvensional yang boleh diragui walau pun secara zahirnya mematuhi hukum syarak yang zahir.
   
Oleh sebab itu, pemain industri dan pakar syariah yang terlibat harus terus memupuk ilmu dan kefahaman tentang prinsip syariah yang boleh dipakai dan sesuai bagi mencipta produk kewangan Islam serta membina keyakinan pengguna bahawa produk-produk kewangan Islam benar-benar memenuhi syarak yang digariskan, katanya.
   
Seramai 350 pakar syariah dari industri perbankan, takaful dan pasaran modal di Malaysia hadir pada muzakarah ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment