TAK TERINGINKE?....TAMBAH PENDAPATAN ! KLIK DI SINI!!!


Monday 26 November 2012

Ekonomi wakaf


Wakaf adalah salah satu institusi islam yang menggabungkan kedua-dua aspek rohani dan kebendaan yang merupakan satu institusi pembangunan ummah yang sangat seimbang dan penting dalam pembangunan ekonomi ummah. Ini terbukti dengan peranannya yang membangun ummah di Negara Mesir, Turki, Arab Saudi, dan Kuwait. Contohnya di Mesir, lebih 1000 tahun Universiti Al-Azhar ditubuhkan dan ditadbir oleh salah sebuah perbadanan wakaf
Disamping itu, institusi wakaf juga merupakan salah satu institusi islam yang sangat berperanan dalam membangunkan kekuatan sosioekonomi ummah. Dalam konteks Malaysia, institusi ini perlu diberi tempat yang penting dalam era masa kini. Melalui pembangunan institusi ini, ia mampu mewujudkan kerjasama yang erat dikalangan golongan individu yang berkemampuan untuk berperanan secara terus dalam membangun keperluan masyarakat islam.
Islam sangat menggalakkan umatnya mengeluarkan harta lebihan yang dimiliki untuk dikongsi bersama orang yang memerlukan dan berbakti dengan harta tersebut. Firman Allah dalam surah al-Imran ayat 92 bermaksud:
Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa Yang kamu sayangi. dan sesuatu apa jua Yang kamu dermakan maka Sesungguhnya Allah mengetahuinya
Firman Allah lagi dalam Surah Al-Baqarah ayat 267:
Wahai orang-orang Yang beriman! belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu Yang baik-baik, dan sebahagian dari apa Yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. dan janganlah kamu sengaja memilih Yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil Yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali Dengan memejamkan mata padanya. dan ketahuilah, Sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.
Berdasarkan dalil diatas, kita dapat memahami bahawa menafkahkan harta ke jalan kebajikan sangat dituntut dan wakaf adalah salah satu daripada jalan kebajikan tersebut. Selain itu, tujuan wakaf dalam islam adalah untuk menghampirkan diri seseorang kepada Allah S.W.T iaitu mendapatkan keredhaan daripada Allah dengan menyerahkan benda yang berharga dan disayangi untuk kegunaan pihak lain. Allah akan memberikan ganjaran pahala yang berganda-ganda kepada pewakaf selagi harta wakaf masih memberi manfaatnya kepada mereka yang berhak ke atas wakaf itu.

Wednesday 21 November 2012

Malaysia perlu lebih banyak PKS berdaya saing


KUALA LUMPUR - Malaysia perlu mewujudkan lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berdaya saing dan berketahanan kerana ia merupakan ramuan penting bagi pertumbuhan ekonomi mampan.
  
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, PKS juga penting kepada pembinaan negara yang merupakan sebab penting menggerakkan agenda PKS.
  
"Dengan mempunyai sokongan bentuk massa kumpulan PKS yang boleh diharapkan atau pembekal adalah kuncu kepada kejayaan syarikat besar dan syarikat multinasional (MNC), kerana secara bersama, mereka menyediakan denyutan negara ini," katanya.
  
Mustapa menekankan demikian pada majlis Anugerah Enterprise 50 (E50) 2012.
  
Katanya syarikat besar dan MNC sangat bergantung kepada PKS kerana mereka menjadi satu rantaian bekalan yang besar dan tanpa salah satu daripada mereka, negara tidak akan mempunyai ekonomi yang cergas dan makmur yang menyediakan pertumbuhan di dalam negara.
  
Mustapa berkata PKS merupakan kira-kira 97 peratus daripada syarikat perniagaan di negara ini dan menyumbang 32.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
  
PKS juga mengambil kerja 59 peratus daripada tenaga kerja Malaysia dan dijangka meningkat kepada 62 peratus menjelang 2020.
  
Beliau juga menyeru PKS untuk memberi fokus bagi pengukuhan produk dan perkhidmatan masing-masing bagi menembusi pasaran seberang laut.
  
"Kita akan terus memudahkan kemasukan anda, melalui pelbagai perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang melibatkan Malaysia pada peringkat dua hala dan serantau," katanya. - Bernama

Wednesday 7 November 2012

Potensi Pelaburan Perak


Kali ini saya akan bongkarkan satu formula menunjukan bahawa potensi pelaburan perak amat
berpotensi untuk jangkamasa yang panjang. Jom kita buat sedikit analisa...

Telah termaktub dalam Hadith atau Quran bahawa nisab bagi Emas Perak adalah
20 Dinar = 200 Dirham
Jom kita nilaikan dengan harga sekarang ???
saya bagi contoh 1 Dinar = Rm550 dan 1 Dirham = Rm20
Rm11000 <=> Rm4000
Inilah Jurang pemisahan
Buka minda... tepuk dada, tanya hati.
Jom kita buat satu perubahan.
Tambahkan Asset dan bebanyakkan beribadat.
Berzakat dan bersedekah.