TAK TERINGINKE?....TAMBAH PENDAPATAN ! KLIK DI SINI!!!


Monday 26 November 2012

Ekonomi wakaf


Wakaf adalah salah satu institusi islam yang menggabungkan kedua-dua aspek rohani dan kebendaan yang merupakan satu institusi pembangunan ummah yang sangat seimbang dan penting dalam pembangunan ekonomi ummah. Ini terbukti dengan peranannya yang membangun ummah di Negara Mesir, Turki, Arab Saudi, dan Kuwait. Contohnya di Mesir, lebih 1000 tahun Universiti Al-Azhar ditubuhkan dan ditadbir oleh salah sebuah perbadanan wakaf
Disamping itu, institusi wakaf juga merupakan salah satu institusi islam yang sangat berperanan dalam membangunkan kekuatan sosioekonomi ummah. Dalam konteks Malaysia, institusi ini perlu diberi tempat yang penting dalam era masa kini. Melalui pembangunan institusi ini, ia mampu mewujudkan kerjasama yang erat dikalangan golongan individu yang berkemampuan untuk berperanan secara terus dalam membangun keperluan masyarakat islam.
Islam sangat menggalakkan umatnya mengeluarkan harta lebihan yang dimiliki untuk dikongsi bersama orang yang memerlukan dan berbakti dengan harta tersebut. Firman Allah dalam surah al-Imran ayat 92 bermaksud:
Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa Yang kamu sayangi. dan sesuatu apa jua Yang kamu dermakan maka Sesungguhnya Allah mengetahuinya
Firman Allah lagi dalam Surah Al-Baqarah ayat 267:
Wahai orang-orang Yang beriman! belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu Yang baik-baik, dan sebahagian dari apa Yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. dan janganlah kamu sengaja memilih Yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil Yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali Dengan memejamkan mata padanya. dan ketahuilah, Sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.
Berdasarkan dalil diatas, kita dapat memahami bahawa menafkahkan harta ke jalan kebajikan sangat dituntut dan wakaf adalah salah satu daripada jalan kebajikan tersebut. Selain itu, tujuan wakaf dalam islam adalah untuk menghampirkan diri seseorang kepada Allah S.W.T iaitu mendapatkan keredhaan daripada Allah dengan menyerahkan benda yang berharga dan disayangi untuk kegunaan pihak lain. Allah akan memberikan ganjaran pahala yang berganda-ganda kepada pewakaf selagi harta wakaf masih memberi manfaatnya kepada mereka yang berhak ke atas wakaf itu.

No comments:

Post a Comment