TAK TERINGINKE?....TAMBAH PENDAPATAN ! KLIK DI SINI!!!


Saturday 31 March 2012

Thursday 29 March 2012

Teknik Mudah Dalam Pelaburan Emas

Masih ramai yang mungkin ingin mengetahui cara  bagaimana pelaburan emas dilakukan, bagaimana emas dapat menguntungkan pelabur dan juga bagaimana untuk mengoptimumkan keuntungan melalui pelaburan emas.Pelaburan emas sebenar-benarnya bermaksud “menyimpan” emas untuk suatu tempoh masa yang sederhana dan panjang, hanya kadang-kadang , emas dapat memberikan keuntungan dalam jangka masa pendek, tetapi sebaik-baiknya simpanlah emas untuk jangka masa yang panjang dan mendapat pulangan yang berganda.Dari sejarah emas sendiri, mungkin kita harus faham, melabur bermaksud menyimpan, pelaburan emas tidak menjanjikan pulangan sekelip mata (kecuali skim2 penipuan), tetapi.pelaburan emas memboleh pelabur mendapat pulangan yang selamat, steady dan berterusan.
Terdapat banyak cara pelaburan emas ini digunakan tetapi yang paling mudah dan senang ialah, kita hanya membeli emas dan simpan seberapa lama yang kita mahu. Bayangkan sekiranya kenaikan harga emas dalam setahun ialah 30%.. berapa nilai emas kita pada masa itu???.. Kalau kita ada emas yang bernilai RM5000.00, setahun kita simpan, maka nilai emas masa tersebut ialah RM6500.00. Sekiranya kita jual emas tersebut kita untung RM1500.00.. Ini setahun, kalau kita simpan 2, 3, 4, 5 tahun berapa agaknya kita dah untung??.. huhuhu..Kebelakangan ini, ada yang.memilih untuk menggunakan sistem ar-rahnu. sistem ini boleh dilakukan dengan beberapa cara antaranya:
1. Andai kata dengan RM5000, pelabur dapat memiliki 36gram emas 999, tetapi jika tambah sedikit contohnya RM6200, pelabur dapat memiliki lebih kurang 100gram emas 999, jika harga emas naik RM10/gram, pelabur boleh untung hampir RM1000 (overlap) (modal RM6k untung RM1k), menarik bukan. Bagaimanapun, cara arrahnu tetap ada caj upah sebanyak 0.75%/month,tidaklah tinggi.
Bagaimanapun, cara ar-rahnu ini lebih selamat kerana keselamatan emas lebih terjamin, pelabur hanya membeli emas yang telah disahkan pihak arrahnu, pelabur membuat.keputusan sendiri tanpa pihak.ketiga, dan yang penting, kenaikan harga emas setiap tahun hampir ~40% mengatasi ASB, UT, TABUNG HAJI, asn dan sebagainya.

Monday 26 March 2012

Pelaburan Silver


Perak, emas dan logam berharga lain biasanya dilihat sebagai pelaburan bijak. Pelaburan logam berharga adalah sebahagian besarnya berlaku atas pengaruh inflasi, peperangan, pergolakan politik dan peristiwa lain yang cenderung untuk memberi kesan kepada nilai pelaburan yang lain. Ia adalah salah satu cara yang paling boleh dipercayai untuk melindungi harta anda daripada kesan kemelesetan dan kemurungan – dan logam berharga yang lazim didagangkan, perak adalah pilihan terbaik untuk kebanyakan pelabur dan secara umumnya dianggap sebagai pelaburan paling selamat.
Abu Bakar ibn Abi Maryam meriwayatkan beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpan lah DINAR (EMAS) dan DIRHAM (PERAK) untuk digunakan.”

Dalam kesibukan kenaikan harga emas yang semakin memuncak naik, harga silver atau perak juga tidak ketinggalan naik. Kalau dulu kita hanya lihat emas sahaja yang menjadi minat pelabur. Tetapi sekarang pelaburan silver atau perak dikatakan menjadi alternatif kepada emas setelah kenaikan harga emas menjadi semakin mahal.

Monday 19 March 2012

Silver Could be the Hottest Commodity of 2012

If you’re around my age, then you probably remember exactly where you were when you heard the news in November 1963 that President Kennedy had been shot. The first lunar landing in July 1969 is another such time marker for my generation, as is Sept. 11, 2001. Jan. 21, 1980, on the other hand, is probably notable only to the extreme financial market aficionados among us. That’s the day the price of silver peaked at an intraday high of a record $50.35 per ounce, or about $140 an ounce in today’s (inflation-adjusted) dollars — more than four times the current price.
Even more memorable than the record price 32 years ago, was the run-up during the preceding weeks and months, at which time inflation in the United States was well into the double digits.
The Hunt brothers, Nelson Bunker and William Herbert, sons of a Texas oil billionaire, began buying silver in 1973 at $1.95 an ounce. Six years and some 2,500% in priceappreciation later, the brothers were said to have controlled a third of the world’s nongovernmental holdings of silver.
In 1979 alone, with inflation about to hit 13% by year-end, prices rose from $6 an ounce to $48 an ounce. In search of a scapegoat, jeweler Tiffany & Co. (NYSE: TIFtook out a full-page ad in The New York Times calling the silver “hoarding” by the Hunt brothers “unconscionable.” The balloon burst after commodity market regulators made it much more difficult to buy silver on margin.
Fast-forward to the current decade. Silver made another move to nearly $50 an ounce this past April, from lows of about $5.50 in 2004, making the metal one of the best-performing assets in recent years.
This time, though, no one was attempting to corner the market. And inflation was negligible.
So what’s going on? Plenty, according to our researchers.
Consider this: By some accounts, all known silver reserves will be mined out in 27 years, at current usage rates.
Silver is already found in just about every electronic device modern society runs on, from appliances to cell phones to computers to MP3 players. And as the rest of the world ramps up its usage of silver, supplies will become even scarcer.

The recent pullback in silver prices to the lower $30s has set the stage for what could be a rebound to new highs. In fact, according to the StreetAuthority researchers, a climb to $200 an ounce — in today’s money — isn’t out of the question. That’s a potential return of more than six times the initial investment.
So, as we used to say in Chicago: “Ubi Est Mea — Where’s mine?”
Well, here’s the best news: You don’t have to corner the market to get a piece of this action. And the time is now.
I’ll explain in a moment. But first, consider this:
In the precious metals boom of 1979-1980, you could have bought 17 ounces of silver for the price of one ounce of gold. That put the silver/gold ratio at 17:1. At current prices the ratio is 55:1, meaning there’s lots of room for silver to run higher in its historic relation to gold prices.
Just recently, in fact, legendary investor Jim Rogers, chairman of Rogers Holdings, told CNBC in an interview that he would buy silver over gold given the relationship in prices between the two precious metals.
Action to Take–> We think every investor should have some money in precious metals, and we’re especially bullish on silver. There are several options out there for investors (silver miners, ETFs), but we think the best way to own silver right now is with silver coins. But whichever way you choose, we think you’re getting a deal at these levels.
*Post courtesy of Bob Bogda at Street Authority.

Thursday 15 March 2012

Nak Buat Pelaburan PERAK / SILVER


Kali saya nak kongsi satu peluang pelaburan yang sangat berpotensi mengatasi pelaburan emas dan ASB iaitu pelaburan Bullin Perak. Bila saya berbual dengan kawan-kawan semuanya berminat… tapi timbul banyak persoalan tentang pelaburan ni. So berikut adalah 10 soalan lazim yang biasa timbul… Semoga anda yang membaca dapat ambil manfaat dan buat TINDAKAN… bangunkan ekonomi UMMAH…
10 Soalan lazim dan jawapan…
1. Nak beli kat mana?
Dengan kuantiti yang kecil, bullion perak boleh dibeli di Group Facebook “Silver Lot Shop”
Ia juga boleh dibeli di authorised dealer Pamp dan agen Public Silver
2. Nak jual balik kat mana?
Jika anda membeli pada agen Public Silver, anda boleh menjualkan silver bar kembali kepada agen tersebut.
Secara alternatif, anda boleh jual balik kepada kenalan anda atau iklankan di Group Facebook “Silver Lot Shop” kerana ramai peminat silver berurusniaga di situ
3. Untung ke simpan silver?
Harga Silver telah meningkat 8x ganda sejak 2002 dan lebih 120% dalam tempoh satu tahun (2010-2011)
4. Berapa harga silver sekarang?
Harga silver berubah dari masa ke semasa. Anda boleh periksa harga silver di nubex.com.my atau http://www.kitcosilver.com/
5. Brand/jenis keluaran mana yang bagus??
Jenama premium rendah : Morgan, Silvertowne, Sunshine, Pamp Suisse 1 kg (amat bagus untuk permulaan)
Jenama premium tinggi : Silver Eagle, Maple Leaf, Philharmonics (amat bagus untuk long term)
6. Apa itu bullion?
Bullion ialah terma yang bermaksud silver bar atau silver syiling
7. Kenapa harga silver bar atau coin bukan pada spot price?
Ini kerana kos tempaan yang perlu diambil kira untuk mendapat produk bullion itu sendiri. Perbezaan harga bullion dan harga spot dinamakan premium
8. Betul ke silver boleh naik sampai USD200/oz?
Pada bull market 1960-1980, silver meningkat 50x ganda
Pada 2002 – 2011, harga silver telah meningkat kepada 8x ganda (harga semasa dalam lingkungan $42)
Harga silver ada 5x ganda ruang untuk naik. Jadi 42 x 5 adalah lebih kurang $220
9. Kenapa % kenaikan harga silver lagi tinggi berbanding emas?
Oleh kerana permintaan pelaburan DAN perindustrian sangat tinggi untuk silver, kenaikannya memang melambangkan permintaan
Emas hanya bergantung kepada permintaan pelaburan dan barang kemas sahaja. Ia akan naik ‘slow & steady’ tetapi kemungkinan besar
akan naik lebih rendah peratusan berbanding silver
10. Berapa lama saya patut pegang silver sebelum dijual semula?
Silver adalah pelaburan jangka panjang. Pastikan anda menyimpan SEKURANG-KURANGNYA 6 bulan sebelum menjual semula untuk mendapat keuntungan yang memuaskan. 

Monday 12 March 2012

Waspada beli jongkong emas

EMAS adalah komoditi yang sangat bernilai dengan harganya di pasaran semakin menaik sehingga mencecah 35 peratus, malah perkembangan emas dan perak juga sangat menarik sejak akhir-akhir ini.
Senario ini menyaksikan lebih ramai suka menyimpan jongkong berbanding barang kemas kerana nilai premiumnya rendah dan murah serta penjualan semula tinggi. 
Perkembangan positif ini mengundang pelbagai syarikat menawarkan kaedah bagi mengaut keuntungan tinggi.

Ikuti temu bual  bersama Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Nubex Sdn Bhd, Nur Hilmy Ahmad untuk tip melabur dan membeli emas secara bijak.

Sejak bila syarikat Nubex ditubuhkan dan apakah objektif penubuhannya?

Nubex syarikat milik penuh Bumiputera dan ditubuhkan secara rasmi pada Februari 2009. Selepas pengalaman terkumpul 16 tahun dalam komoditi ini, kami berpendapat tiba masa untuk Nubex mengetengahkan amalan pembelian jongkong emas atau perak dilakukan masyarakat antarabangsa iaitu transaksi pembelian serta penjualan berpandukan harga semasa emas dan perak dunia yang sentiasa dinamik dan bergerak 24 jam sehari, 5 hari seminggu.

Nubex berhasrat menjadi penyumbang terbesar pemilikan aset sebenar rakyat Malaysia yang kini terjual RM50 juta membabitkan nilai emas dan perak sejak ditubuhkan.


Apakah perkhidmatan dan produk disediakan Nubex?

Nubex menyediakan perkhidmatan kepakaran mengenal pasti ketulenan emas dan perak, membeli emas dan perak pada harga tinggi berbanding pesaing dalam pasaran, menyediakan khidmat ansuran mudah sehingga 36 bulan dengan bank tempatan, malah pelanggan diberi kemudahan membeli pada waktu malam dengan 24 jam untuk membuat pembayaran.

Kami juga sentiasa mengemas kini pergerakan harga mengikut pasaran antarabangsa dan menjadi pengedar rasmi PAMP Suisse, Emirates Gold serta Perth Mint, Australia selain menyediakan khidmat penghantaran ke seluruh dunia dengan perlindungan insurans.

Nubex juga pelopor di pasaran tempatan yang mengemas kini harga pasaran sebenar emas dan perak setiap minit berdasarkan harga pasaran emas dan perak antarabangsa. Ia dipaparkan secara percuma di laman web www.nubex.com.my. Ini membolehkan pelanggan Nubex menetapkan posisi pembelian dalam waktu berbeza mengikut pilihan sendiri dan semua ini dilakukan secara dalam talian.


Bagaimana untuk mengelak menjadi mangsa pelaburan atau pembelian emas?

Kebanyakan syarikat menjanjikan aliran tunai tetap bulanan berupa diskaun lanjutan, hibah dan dividen termasuk menjanjikan keuntungan mudah dengan hanya menjadi broker untuk menjual emas di bawah harga semasa dalam kuantiti yang tidak masuk akal. Malah, mereka bergerak dalam keadaan sangat sistematik dan teratur dengan menjalankan aktiviti perniagaan dalam lingkungan undang-undang serta berselindung di sebalik sijil syariah untuk mengaburi mata pembeli atau pelabur Islam.

Dalam pada pembeli dan pelabur ghairah membeli emas dan perak ini sebagai alternatif pelaburan, mereka perlu berwaspada dan mengetahui beberapa perkara asas sebelum melakukan sebarang transaksi bersama penjual.�

Pertama, emas dan perak fizikal. Penjual mesti mengemukakan fizikal kerana emas serta perak adalah komoditi dan sekiranya penjual gagal menunjukkan fizikal atau memberikan fizikal selepas transaksi dibuat, besar kemungkinan terbabit dalam skim di atas. Selepas memperoleh emas atau perak fizikal berkenaan, pastikan ia emas tulen atau mengikut spesifikasi dijanjikan.

Kedua, premium atas spot. Sekiranya syarikat A menjual RM22,000 untuk 100 gram emas berketulenan 999.9 (RM 220/gram) di atas harga spot RM180 segram, maka premium dikenakan ke atas pembeli ialah RM40/gram atau RM4,000 untuk 100 gram.

Jika syarikat B menjual pada harga RM18,300 untuk emas dengan ketulenan dan berat yang sama, tentu pelanggan yang bijak memilih syarikat B.

Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa premium atas spot bukan bermaksud keuntungan dinikmati penjual. Harga spot tidak mengambil kira kos overhead penjual seperti gaji, insurans, pengangkutan, kos penyimpanan dan lain-lain.

Ketiga, jurang perbezaan harga beli dan jual (spread). Mengambil contoh terdahulu, jika syarikat A membeli semula pada kadar RM17,500 untuk emas yang dijual pada harga RM22,000, jurangnya ialah RM4,500 atau 20.5 peratus.

Jika syarikat B membeli semula pada harga RM17,900, jurang perbezaan ialah RM400 ataupun 2.2 peratus saja. Dalam keadaan ini, syarikat B menawarkan jurang yang kecil dan sesuai sebagai pelaburan.

Ini kerana jika harga emas mengalami kenaikan tahunan 25 peratus, pembeli syarikat B akan mendapat keuntungan bersih 22.8 peratus.

Keempat, berat dan saiz. Emas dan perak di pasaran dunia secara umumnya mengenakan premium serta jurang perbezaan harga lebih tinggi untuk emas dan perak bersaiz kecil disebabkan kos cetakan selain pembuatan lebih tinggi berbanding saiz dan berat lebih besar, contohnya harga untuk 1 gram jongkong emas kini sekitar RM230.

Bagaimanapun, jika pembelian 100 gram jongkong emas, harganya sekitar RM18,300 iaitu (RM183/gram).

Kelima, sumber dan reputasi penjual. Emas dan perak dikeluarkan loji penulenan terkemuka dunia dan menjadi rebutan pelabur kerana diterima di seluruh pelusuk dunia dengan harga tinggi, mutu baik dan jaminan ketulenan tepat. Antara ciri baik ialah mendapat status Good Delivery, ahli London Bullion Market Association (LBMA).

Di Malaysia, belum ada kilang atau loji penulenan emas diiktiraf LBMA. Jika anda memiliki syiling emas Krugerrand dihasilkan South African Mint dan syiling emas dihasilkan pengeluar emas tempatan, tentu nilai dan kecairan syiling emas Krugerrand lebih tinggi di peringkat antarabangsa.


Bagaimana untuk pembeli mengetahui sama ada ia tulen atau tidak?

Jangan letakkan beban menguji ketulenan itu di bahu anda, sebaliknya penjual bertanggungjawab melakukannya.

Pelbagai jenis ujian tidak destruktif boleh dilakukan di kedai emas dengan upah serendah RM10 atau kurang.

Antara ujian ialah ujian ketumpatan, asid, imbasan-x atau konduktiviti. Selain itu, terdapat jenis jongkong yang mempunyai sijil pengesahan daripada ‘assayer’ mengenai ketulenan emas atau perak. Namun cara terbaik adalah dengan menjalankan ujian untuk menentukan ketulenan.

Wednesday 7 March 2012

Simpanan Dan Perniagaan Jual Beli Emas Dan Perak

Hadith Nabi Muhammad S.A.W:> Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullah S.A.W bersabda :, Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Emas Dan Perak. (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal) Hadith Daif.

Tuesday 6 March 2012

Membeli Emas Perak Patuh Shariah


Apabila ulama-ulama sedunia bersidang di mesyuarat Akademi Fiqh (Majma’ Fiqh) pada 1986 untuk mendepani situasi baru iaitu kelahiran duit kertas tanpa sandaran komoditi emas dan perak, mereka berpijak atas realiti dunia yang nyata.
Ulama-ulama yang dirahmati Allah semua ini mengambil keputusan yang realistik, sederhana dan sesuai dengan suasana semasa iaitu duit kertas berfungsi sebagai matawang justeru menepati‘illah emas dan perak yang disebut dalam hadis shahih mengenai riba (hadis Ubadah bin Somit).
Mereka bermesyuarat panjang dan dan mencapai kata sepakat dalam hal ini. Apabila dinamakan mesyuarat sudah tentu ada ‘pergaduhan’ dan ‘perselisihan pandangan’ tetapi apabila keputusan sudah dibuat maka bersepakat atas keputusan yang satu itu tadi. Kita yang bukan ulama’ ini pun jika bermesyuarat mendapat rahmat Allah, apatah lagi kalau sekumpulan ulama yang bermesyuarat.
Pandangan ini tidak ketat sehinggakan umat Islam tidak dapat berurusniaga di atas muka bumi dan ia juga tidak liberal sehingga membolehkan bank konvensional menjadi halal kerana jika duit kertas bukan barang ribawi maka hukum riba tidak terpakai dalam setiap urusan membabitkan duit kertas. Sedangkan  pada realitinya duit kertas memang menjadi medium of exchange yang utama sehingga hari ini.
Riba dalam medium of exchange, itulah intipati asas dalam hadis riba tersebut yang kita mesti betul-betul faham untuk mendalami ilmu kewangan Islam.

Monday 5 March 2012

EMAS SEBAGAI ALTERNATIF PELABURAN

Emas sebenarnya ialah suatu komoditi yang tidak luntur ditelan zaman. Tidak ada negara yang mata wangnya tidak tertakluk kepada turun naik nilai emas, termasuklah negara kita semasa krisis 97/98 yang mana mata wang kita dikatakan menjadi bahan spekulator dan pernah jatuh ke paras serendah RM4.50 untuk satu dolar Amerika. Bila nak mulakan ?

Friday 2 March 2012

Ingin cuba Silver / Perak


Logam yang saya maksudkan adalah SILVER! Anda terkejut? Anda mungkin sedikit hairan, mengapa silver dan bukannya emas. Bukankah emas lebih berharga daripada silver? Bukankah emas sentiasa dicari dan dibeli dan pasarannya cukup HOT!
Saya mempunyai sebab tersendiri yang kukuh untuk mengatakan bahawa pelaburan silver amat menguntungkan. Ketahui sebab-sebabnya seperti di bawah.

  • Kos Pelaburan Rendah – Memang betul. Harga silver jauh lebih rendah daripada emas. Anda tak perlu keluarkan sehingga beribu ringgit untuk membeli sejongkong silver. Malah, anda boleh gandakan keuntungan pelaburan anda berlipat kali ganda tanpa sebarang tambahan modal. Baca sehingga habis laporan ini kerana saya turut berkongsikan strategi HEBAT itu!
  • Risiko Tinggi, Untung pun TINGGI! – Pergerakan Turun Naik Harga Silver adalah amat pantas. Namun begitu, silver sekarang berada di dalam trend menaik yang biasanya boleh berjalan hingga 5 - 10 tahun lagi. Target konservatif untuk harga silver adalah USD200/oz! 6x kali ganda dari harga sekarang!
  • Silver VS Emas VS ASB – Jika saya diberi pilihan untuk melabur dalam ketiga-tiga bidang pelaburan itu, saya gerenti, saya akan abaikan emas dan ASB. Ini kerana, peratusan kenaikan harga silver adalah 1.6X ganda daripada emas. Manakala, dividen ASB hanya 8-9% sahaja setahun. Mana nak untung macam tu!
  • Sumber Kurang, Permintaan Tinggi – Satu sumber sahih mengatakan, tiada stok simpanan untuk silver berbanding 1980 sebanyak 3.5 billion oz. Tetapi, keperluan silver dalam sektor pembuatan sentiasa mendapat sambutan. Sekiranya hal ini berlaku, ini bermaksud permintaan dalam bentuk pelaburan DAN industri ke atas silver akan memuncak. Sekaligus harga silver akan naik berkali-kali ganda.