TAK TERINGINKE?....TAMBAH PENDAPATAN ! KLIK DI SINI!!!


Thursday 19 July 2012

IMF tingkat amaran risiko ekonomi


WASHINGTON 17 Julai - Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) meningkatkan amaran risiko terhadap ekonomi global, terutama krisis di zon Eropah apabila ia mengubah unjuran pertumbuhan ekonomi tahun ini.
Ahli ekonomi IMF berkata, dengan situasi di Sepanyol dan Itali yang bertambah buruk ekoran keraguan pasaran terhadap pelaksanaan reformasi oleh pemimpin-pemimpin zon Eropah.
Mereka juga menegaskan unjuran fiskal Amerika Syarikat (AS) sekiranya tidak dibetulkan akan memburukkan ekonomi negara itu dan memberi kesan ketara kepada dunia.
''Sejak tiga bulan lalu, pemulihan global yang tidak kukuh telah menunjukkan tanda kelemahan berterusan.
''Pasaran kewangan dan tekanan berdaulat di kawasan Eropah telah meningkat,'' kata dana itu dalam unjuran ekonominya.
Sekiranya reaksi polisi kekal tidak sesuai dan lambat, IMF berkata, krisis akan bertambah buruk.
''Risiko utama adalah ketara.
''Keadaan buruk di Sepanyol dan Itali semakin buruk dengan pengeluaran jatuh lebih buruk berbanding yang sepatutnya, salah satu dari negara-negara ini akan hilang akses kepada pasaran,'' kata Ketua Ekonomis IMF, Olivier Blanchard.
''Implikasi perkara itu akan melambatkan proses pemulihan dunia,'' jelasnya.
IMF berkata, ia adalah disebabkan oleh kelembapan ekonomi yang teruk berbanding jangkaan bagi negara-negara baru muncul seperti China, India dan Brazil yang telah dikurangkan kepada 0.1 peratus bagi unjuran April.
Bagi 2013, unjuran sebanyak 3.9 peratus lebih rendah berbanding 4.1 peratus.
Ekonomi-ekonomi baru muncul secara umumnya sedang mengambil langkah pembetulan untuk menangani kelembapan ekonomi.
Tetapi, banyak juga telah menerima kesan dengan peningkatan risiko pelabur dan ketidaktentuan pertumbuhan yang telah menyebabkan harga ekuiti, aliran keluar modal dan mata wang jatuh.
Unjuran pertumbuhan bagi AS juga diturunkan kepada 2.0 peratus, Britain kepada 0.2 peratus dan Perancis kepada 0.3 peratus.
Di Sepanyol, kemelesetan ekonomi akan berlanjutan sepanjang 2013 manakala unjuran untuk Jerman dan Jepun dinaikkan kepada 1.0 peratus dan 2.4 peratus. - AFP

No comments:

Post a Comment