TAK TERINGINKE?....TAMBAH PENDAPATAN ! KLIK DI SINI!!!


Thursday 12 July 2012

Memulakan Pelaburan Emas Perak?

Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana caranya untuk memulakan langkah dalam pelaburan emas perak. Ramai yang sudah berminat dengan pelaburan dua logam bernilai ini kerana dikatakan memberikan pulangan yang sangat lumayan. Bahkan ada juga yang menjanjikan pulangan setinggi 30% setahun dengan hanya sekali pembelian sahaja. Benarkah begitu?

Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana caranya untuk memulakan langkah dalam pelaburan emas perak. Ramai yang sudah berminat dengan pelaburan dua logam bernilai ini kerana dikatakan memberikan pulangan yang sangat lumayan. Bahkan ada juga yang menjanjikan pulangan setinggi 30% setahun dengan hanya sekali pembelian sahaja. Benarkah begitu?
Mulakan Dengan Ilmu
Jujur saya katakan bahawa ramai yang memulakan langkah pelaburan emas dengan tergesa-gesa dan akhirnya putus asa kerana keadaan harga emas yang naik dan turun tidak menentu. Ini bukanlah disebabkan pelaburan emas perak tidak menguntungkan, tetapi kurangnya ilmu tentang pelaburan emas perak dalam kalangan individu yang baru berjinak-jinak dalam pelaburan emas perak. Pelaburan mana pun jika tiada ilmu dalam pelaburan tersebut, ia bukan sahaja merugikan, bahkan boleh “makan tuan.”
Di sini saya senaraikan beberapa perkara utama yang perlu diberikan perhatian sebelum memulakan pelaburan emas perak:
1. Belanjawan Pelaburan:
Kebanyakan pelabur gagal dalam pelaburan emas perak ialah kerana mereka menggunakan hampir 100% wang simpanan mereka termasuk gaji bulanan untuk melabur emas perak. Ini memungkinkan ramai pelabur emas perak putus asa dengan segera kerana keadaan semasa yang menuntut mereka mengeluarkan sedikit wang tunai.
Contohnya, jika berlaku kemalangan jalan raya atau jatuh sakit, pelabur terpaksa menjual stok emas perak mereka dengan kadar segera bagi menampung kos rawatan hospital. Malah kesukaran pelabur untuk menjual semula stok emas perak mereka dalam keadaan tergesa-gesa boleh menyebabkan pelabur terpaksa menjual dengan harga yang sangat rendah.
Mulakan pelaburan anda dengan merancang wang pelaburan. Jika anda tetapkan RM5,000 untuk pelaburan emas perak anda, anda harus menggunakan wang RM5,000 tersebut secara optimum untuk membeli stok emas perak.
Di sini saya menyarankan anda menggunakan 40% daripada wang simpanan tetap anda untuk membeli stok emas perak.
2. Beli Emas Perak Yang Betul
Ramai yang beranggapan bahawa emas perak yang murah adalah yang terbaik. Mungkin ada benarnya tetapi awas! Emas perak yang murah tidak semestinya memaksimumkan keuntungan anda kerana ada kalanya emas perak yang murah ini berketulenan lebih rendah daripada ketulenan yang diisytiharkan oleh syarikat pengeluar terbabit.
Emas perak yang murah juga kadang kala merugikan kerana apabila anda ingin menjualnya kelak, ramai yang tidak mahu emas perak tersebut, dan kemudiannya anda terpaksa menjual dengan harga yang sangat rendah.
Jadi emas perak yang mahal membawa lebih banyak keuntungan? Tidak juga.
Di sini saya menyarankan anda memilih emas perak yang betul.
Emas perak jenis yang mudah dibeli dan senang dijual. Emas perak yang dijamin ketulenan oleh pengeluar, diakui ramai tentang ketulenannya dan disahkan ketulenannya oleh badan berkaitan. Emas perak yang dijual di bawah harga semasa dari penjual yang dipercayai.
Mengapa semua ini perlu? Kerana anda perlu memaksimumkan keuntungan dalam pelaburan emas perak. Jika tidak, anda akan rugi semaksimumnya.
3. Catat Segala Pengerakan Jual-Beli
Mencatat segala maklumat berkaitan aktiviti pelaburan emas perak anda adalah wajib dan tidak boleh dipandang remeh. Anda perlu tahu waktu sesuai untuk membeli emas perak dan waktu yang sesuai untuk menjual emas perak. Ini kerana keuntungan pelaburan emas perak bukanlah sewaktu stok emas perak itu dijual, tetapi sewaktu stok emas perak itu dibeli!
Jika anda benar-benar serius dalam pelaburan emas perak, anda seharusnya mendokumentasi maklumat penting seperti perbandingan harga emas perak mengikut pengeluar pada waktu tertentu, perkembangan stok emas perak secara bulanan, pemantauan aliran wang tunai dalam pelaburan emas perak anda dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment